Tuesday, December 29, 2009
Sekitar Majlis Pertunangan Bungsu Ida@Junaidah
Saturday, December 26, 2009
Suku Kaum Banjar

Sejarah Awal Suku Kaum Banjar
Suku Kaum Banjar berasal dari daerah Banjar Masin di Kepulauan Kalimantan
Kesenian dan alat permainan
Salah satunya adalah dari segi permainan dan hiburan suku kaum Banjar, ditemui sama dengan permainan Dayak kini, seperti Katombong dan Balian.
Adat Perkahwinan
Dari segi adat perkahwinan pula, berbeza sedikit dari adat perkahwinan di Jawa. Dimana upacara merenjir air ke atas pasangan yang baru berkahwin dilaksanakan oleh pegawai agama dan keluarga. Turut menyerikan suasana perkahwinan masyarakat Banjar ialah satu permainan yang disanjung tinggi iaitu 'Orung-Orung Batang'. Keseluruhannya , unsur-unsur ini adalah diadaptasi suku kaum Dayak dan Jawa.
Sumber:
Klik sini..
Friday, December 25, 2009
Persiapan Ke Sekolah
Untuk makluman anda di luar sana, tahun hadapan Aiman sudah Tahun 4..hehehe..Apapun Aiman Tak kisah..
Tuesday, December 1, 2009
Monday, November 30, 2009
Menunggu Di Pusat Servis Produa
Rasa seronok juga menunggu di pusat servis ini. Tak la bosan sangat kerana tempat ini amat selesa bagi ku. Tempat menunggu yang berhawa dingin, kemudahan wi-fi turut disediakan. Selain itu kalau mau menonton tv, pusat servis ini juga disediakan tv yang mana tempat duduknya ada disediakan juga kusyen yang empuk..emmm..selesanya.
Pusat servis ini juga ada menyediakan surau untuk mereka yang ingin menunaikan solat, serta bilik air yang bersih. Inilah untungnya duduk di negara kita Malaysia ini.
Oh ya pusat servis ini adalah pusat servis Produa di Inanam, Kota kinabalu.
Apapun semua kemudahan ini menyebabkan aku rasa menunggu 1 jam tak la terasa sangat.
Aiman tak kisah..
Ini la aku..
Sunday, November 29, 2009
Asal Usul Banjar
Mereka menggunakan bahasa Banjar, yang pada asasnya adalah bahasa Melayu. Nama Banjar diperolehi dari Kesultanan Banjarmasin atau dipendekkan menjadi Banjar, bertepatan dengan nama ibukota pada mula berdirinya.
Pendekatan primordialisme
Mengikut Alfani Daud (1997; 2004: 85) suku bangsa Banjar ialah penduduk asli sebahagian wilayah provinsi Kalimantan Selatan, iaitu selain kabupaten Kota Baru. Mereka itu diduga berintikan penduduk asal Sumatera atau daerah sekitarnya lebih dari seribu tahun yang lalu. Setelah berlalu masa yang lama sekali, dan setelah bercampur dengan penduduk yang lebih asli, yang biasanya dinamakan secara umum sebagai suku Dayak, dan dengan imigran yang datang kemudian, akhirnya terbentuklah setidak-tidaknya lima subsuku, iaitu:
• Banjar Pahuluan
• Banjar Batang Banyu
• Banjar Kuala
• Banjar Alai
• Banjar Kaluak
Orang Pahuluan pada asasnya ialah penduduk daerah lembah sungai-sungai (cabang sungai Negara) yang berhulu ke Pegunungan Meratus. Orang Batang Banyu mendiami lembah sungai Negara, sedangkan oang Banjar Kuala mendiami daerah sekitar Banjarmasin dan Martapura. Bahasa yang mereka kembangkan dinamakan bahasa Banjar, yang pada asasnya ialah bahasa Melayu– sama halnya seperti ketika mereka berada di daerah asalnya di Sumatera atau sekitarnya – yang di dalamnya terdapat banyak sekali kosa kata yang berasal dari kosa kata Dayak dan Jawa.
Nama Banjar diperoleh kerana mereka dahulu, sebelum dihapuskan pada tahun 1860, adalah warga Kesultanan Banjarmasin atau dianggap sebagai Banjar, sesuai dengan nama ibukotanya pada masa mula-mula didirikan. Ketika ibukota dipindahkan arah ke pedalaman, terakhir di Martapura, nama Banjar tersebut nampaknya sudah diterima umum dan tidak berubah lagi
[sunting] Pendekatan konstruktifis atau situasionalis
Profil pembesar Kerajaan Banjar sekitar tahun 1850 koleksi Muzium Lambung Mangkurat.
Mengikut Idwar Saleh (1986: 12) pula, sebelum dan pada awal berdirinya Kesultanan Islam Banjar, etnik Banjar pada waktu itu belum menjadi identiti suku atau agama, dan hanya sebagai identiti diri yang merujuk pada kawasan teritorial tertentu yang menjadi tempat tinggal mereka.
Idwar Saleh menyimpulkan suku Banjar terdiri dari tiga subetnik berdasarkan wilayah tempat tinggal mereka dan unsur pembentukan suku:
• Banjar Pahuluan; campuran Melayu dan Bukit (Bukit sebagai ciri kelompok).
• Banjar Batang Banyu; campuran Melayu, Maayan, Lawangan, Bukit dan Jawa (Maanyan sebagai ciri kelompok)
• Banjar Kuala; campuran Melayu, Ngaju, Barangas, Bakumpai, Maayan, Lawangan, Bukit dan Jawa (Ngaju sebagai ciri kelompok)
[sunting] Budaya dan agama
Dari segi agama, boleh dikatakan semua orang Banjar memeluk agama Islam. Dan mereka pada umumnya ialah orang yang taat menjalankan perintah agamanya. Beberapa ulama terkenal nusantara adalah terdiri dari orang Banjar.
Sumber;
http://ms.wikipedia.org/wiki/Suku_Banjar
Wednesday, November 25, 2009
Wednesday, October 7, 2009
Birthday Ku
Tuesday, September 22, 2009
Saturday, August 1, 2009
Selamat Harijadi kak ain
Friday, July 31, 2009
Biodata Saya
Umur Saya Masih 9 Tahun
Saya Sekolah Di SK Pinggan-Pinggan Pitas