Sunday, January 17, 2010

Sejarah 16 Januari

16 januari iaitu semalam, merupakan hari ulangtahun abah. Kami bercadang untuk buat celebrate di KFC. Lebih kurang jam 10.00 pagi kami bersiap untuk pergi ke pekan berhampiran iaitu Kota Marudu untuk beli kek dan sambut di KFC.
Lebih separuh jalan dari rumah untuk ke Kota Marudu kami lihat banyak kenderaan parking di tepi jalan. Rupa-rupanya jalan tidak dapat dilalui oleh kenderaan kecil kerana banjir. Beberapa ketika menunggu di situ namun air tak surut juga. Kami ambil keputusan untuk patah balik dengan perasaan hampa kerana tak dapat beli kek untuk abah.
Sampai di rumah, emak terus tengok bahan-bahan yang ada di dapur. Tiba-tiba emak bercadang untuk buat kek sendiri tanpa pengetahuan abah. Adik bungsuku cuba untuk membantu emak terutamanya dalam hal-hal menyibuk.
Setelah beberapa ketika maka emak dapat juga menyiapkan kek untuk abah seperti dalam gambar di bawah ini. Walaupun dengan kekurangan bahan namun ku lihat kek buatan emak tak kurang hebatnya juga. Sodapp..nyam..nyam..
Akhirnya dapat juga kami sambut birthday abah dengan adanya kek dan beberapa hidangan yang lain.
Akhir sekali Aiman nak ucap Happy birthday Abahku..


Cantik juga kan kek buatan .emak..hehehe..

3 comments:

Related Posts with Thumbnails

Mutiara Kata

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP