Friday, February 12, 2010

Selamat Tahun Baru Cina





Selamat Tahun Baru Cina Kepada Pengunjung Blog Ini Dan Rakan-Rakan Nuff

Sunday, January 17, 2010

Sejarah 16 Januari

16 januari iaitu semalam, merupakan hari ulangtahun abah. Kami bercadang untuk buat celebrate di KFC. Lebih kurang jam 10.00 pagi kami bersiap untuk pergi ke pekan berhampiran iaitu Kota Marudu untuk beli kek dan sambut di KFC.
Lebih separuh jalan dari rumah untuk ke Kota Marudu kami lihat banyak kenderaan parking di tepi jalan. Rupa-rupanya jalan tidak dapat dilalui oleh kenderaan kecil kerana banjir. Beberapa ketika menunggu di situ namun air tak surut juga. Kami ambil keputusan untuk patah balik dengan perasaan hampa kerana tak dapat beli kek untuk abah.
Sampai di rumah, emak terus tengok bahan-bahan yang ada di dapur. Tiba-tiba emak bercadang untuk buat kek sendiri tanpa pengetahuan abah. Adik bungsuku cuba untuk membantu emak terutamanya dalam hal-hal menyibuk.
Setelah beberapa ketika maka emak dapat juga menyiapkan kek untuk abah seperti dalam gambar di bawah ini. Walaupun dengan kekurangan bahan namun ku lihat kek buatan emak tak kurang hebatnya juga. Sodapp..nyam..nyam..
Akhirnya dapat juga kami sambut birthday abah dengan adanya kek dan beberapa hidangan yang lain.
Akhir sekali Aiman nak ucap Happy birthday Abahku..


Cantik juga kan kek buatan .emak..hehehe..

Friday, January 1, 2010

Happy New Year


Selamat Tahun Baru Kepada Semua Pengunjung Blog Ini

Tuesday, December 29, 2009

Sekitar Majlis Pertunangan Bungsu Ida@Junaidah

Gambar yang sempat diambil ketika majlis pertunangan Bungsu Ida@Junaidah (Adik Bungsu Emak) dengan Mohd Razshah pada 27 Disember yang lalu.

Jun & Razshah

Hantaran dari pihak lelaki


Menyarung cincin tunang


Sirih Junjung


Antara Tetamu Yang Datang


Yang ni tengok la..hehehe...

Saturday, December 26, 2009

Suku Kaum Banjar


Sejarah Awal Suku Kaum Banjar


Suku Kaum Banjar berasal dari daerah Banjar Masin di Kepulauan Kalimantan Indonesia. Tradisi Banjar serta adat istiadatnya telah mengalami proses asimilasi daripada Jawa dan Dayak. Justera itu, tidak hairanlah sekiranya berlaku pertembungan adat tradisional ketiga-tiga kaum tersebut.


Kesenian dan alat permainan


Salah satunya adalah dari segi permainan dan hiburan suku kaum Banjar, ditemui sama dengan permainan Dayak kini, seperti Katombong dan Balian.


Adat Perkahwinan


Dari segi adat perkahwinan pula, berbeza sedikit dari adat perkahwinan di Jawa. Dimana upacara merenjir air ke atas pasangan yang baru berkahwin dilaksanakan oleh pegawai agama dan keluarga. Turut menyerikan suasana perkahwinan masyarakat Banjar ialah satu permainan yang disanjung tinggi iaitu 'Orung-Orung Batang'. Keseluruhannya , unsur-unsur ini adalah diadaptasi suku kaum Dayak dan Jawa.


Sumber:
Klik sini..


Friday, December 25, 2009

Persiapan Ke Sekolah

Sesi persekolahan 2010 akan bermula pada 04 Januari depan. Minggu ini saya sempat membeli beberapa peralatan sekolah untuk menghadapi sesi persekolahan tahun depan. Inilah antara peralatan sekolah yang sudah dibeli.

Kasut


Baju & Seluar


Beg


Stokin

Untuk makluman anda di luar sana, tahun hadapan Aiman sudah Tahun 4..hehehe..Apapun Aiman Tak kisah..

Tuesday, December 1, 2009

Related Posts with Thumbnails

Mutiara Kata

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP