Tuesday, December 29, 2009

Sekitar Majlis Pertunangan Bungsu Ida@Junaidah

Gambar yang sempat diambil ketika majlis pertunangan Bungsu Ida@Junaidah (Adik Bungsu Emak) dengan Mohd Razshah pada 27 Disember yang lalu.

Jun & Razshah

Hantaran dari pihak lelaki


Menyarung cincin tunang


Sirih Junjung


Antara Tetamu Yang Datang


Yang ni tengok la..hehehe...

Saturday, December 26, 2009

Suku Kaum Banjar


Sejarah Awal Suku Kaum Banjar


Suku Kaum Banjar berasal dari daerah Banjar Masin di Kepulauan Kalimantan Indonesia. Tradisi Banjar serta adat istiadatnya telah mengalami proses asimilasi daripada Jawa dan Dayak. Justera itu, tidak hairanlah sekiranya berlaku pertembungan adat tradisional ketiga-tiga kaum tersebut.


Kesenian dan alat permainan


Salah satunya adalah dari segi permainan dan hiburan suku kaum Banjar, ditemui sama dengan permainan Dayak kini, seperti Katombong dan Balian.


Adat Perkahwinan


Dari segi adat perkahwinan pula, berbeza sedikit dari adat perkahwinan di Jawa. Dimana upacara merenjir air ke atas pasangan yang baru berkahwin dilaksanakan oleh pegawai agama dan keluarga. Turut menyerikan suasana perkahwinan masyarakat Banjar ialah satu permainan yang disanjung tinggi iaitu 'Orung-Orung Batang'. Keseluruhannya , unsur-unsur ini adalah diadaptasi suku kaum Dayak dan Jawa.


Sumber:
Klik sini..


Friday, December 25, 2009

Persiapan Ke Sekolah

Sesi persekolahan 2010 akan bermula pada 04 Januari depan. Minggu ini saya sempat membeli beberapa peralatan sekolah untuk menghadapi sesi persekolahan tahun depan. Inilah antara peralatan sekolah yang sudah dibeli.

Kasut


Baju & Seluar


Beg


Stokin

Untuk makluman anda di luar sana, tahun hadapan Aiman sudah Tahun 4..hehehe..Apapun Aiman Tak kisah..

Tuesday, December 1, 2009

Monday, November 30, 2009

Menunggu Di Pusat Servis Produa

Sementara berada di pusat servis sambil menunggu kereta abah kena servis aku buka laptop main game. Tetiba terfikir mau buat n3 untuk menghilangkan boring. Aku tak tau apa yang mau ditulis, tapi rasanya aku mau berkongsi sedikit pengalaman ku berada d pusat servis ini.
Rasa seronok juga menunggu di pusat servis ini. Tak la bosan sangat kerana tempat ini amat selesa bagi ku. Tempat menunggu yang berhawa dingin, kemudahan wi-fi turut disediakan. Selain itu kalau mau menonton tv, pusat servis ini juga disediakan tv yang mana tempat duduknya ada disediakan juga kusyen yang empuk..emmm..selesanya.
Pusat servis ini juga ada menyediakan surau untuk mereka yang ingin menunaikan solat, serta bilik air yang bersih. Inilah untungnya duduk di negara kita Malaysia ini.

Oh ya pusat servis ini adalah pusat servis Produa di Inanam, Kota kinabalu.

Apapun semua kemudahan ini menyebabkan aku rasa menunggu 1 jam tak la terasa sangat.

Aiman tak kisah..

Ini la aku..

Sunday, November 29, 2009

Asal Usul Banjar

Orang Banjar merupakan suku peribumi bagi sebahagian besar wilayah Kalimantan Selatan, kecuali di Kabupaten Kota Baru.
Mereka menggunakan bahasa Banjar, yang pada asasnya adalah bahasa Melayu. Nama Banjar diperolehi dari Kesultanan Banjarmasin atau dipendekkan menjadi Banjar, bertepatan dengan nama ibukota pada mula berdirinya.
Pendekatan primordialisme
Mengikut Alfani Daud (1997; 2004: 85) suku bangsa Banjar ialah penduduk asli sebahagian wilayah provinsi Kalimantan Selatan, iaitu selain kabupaten Kota Baru. Mereka itu diduga berintikan penduduk asal Sumatera atau daerah sekitarnya lebih dari seribu tahun yang lalu. Setelah berlalu masa yang lama sekali, dan setelah bercampur dengan penduduk yang lebih asli, yang biasanya dinamakan secara umum sebagai suku Dayak, dan dengan imigran yang datang kemudian, akhirnya terbentuklah setidak-tidaknya lima subsuku, iaitu:
• Banjar Pahuluan
• Banjar Batang Banyu
• Banjar Kuala
• Banjar Alai
• Banjar Kaluak

Orang Pahuluan pada asasnya ialah penduduk daerah lembah sungai-sungai (cabang sungai Negara) yang berhulu ke Pegunungan Meratus. Orang Batang Banyu mendiami lembah sungai Negara, sedangkan oang Banjar Kuala mendiami daerah sekitar Banjarmasin dan Martapura. Bahasa yang mereka kembangkan dinamakan bahasa Banjar, yang pada asasnya ialah bahasa Melayu– sama halnya seperti ketika mereka berada di daerah asalnya di Sumatera atau sekitarnya – yang di dalamnya terdapat banyak sekali kosa kata yang berasal dari kosa kata Dayak dan Jawa.
Nama Banjar diperoleh kerana mereka dahulu, sebelum dihapuskan pada tahun 1860, adalah warga Kesultanan Banjarmasin atau dianggap sebagai Banjar, sesuai dengan nama ibukotanya pada masa mula-mula didirikan. Ketika ibukota dipindahkan arah ke pedalaman, terakhir di Martapura, nama Banjar tersebut nampaknya sudah diterima umum dan tidak berubah lagi
[sunting] Pendekatan konstruktifis atau situasionalis


Profil pembesar Kerajaan Banjar sekitar tahun 1850 koleksi Muzium Lambung Mangkurat.
Mengikut Idwar Saleh (1986: 12) pula, sebelum dan pada awal berdirinya Kesultanan Islam Banjar, etnik Banjar pada waktu itu belum menjadi identiti suku atau agama, dan hanya sebagai identiti diri yang merujuk pada kawasan teritorial tertentu yang menjadi tempat tinggal mereka.
Idwar Saleh menyimpulkan suku Banjar terdiri dari tiga subetnik berdasarkan wilayah tempat tinggal mereka dan unsur pembentukan suku:
• Banjar Pahuluan; campuran Melayu dan Bukit (Bukit sebagai ciri kelompok).
• Banjar Batang Banyu; campuran Melayu, Maayan, Lawangan, Bukit dan Jawa (Maanyan sebagai ciri kelompok)
• Banjar Kuala; campuran Melayu, Ngaju, Barangas, Bakumpai, Maayan, Lawangan, Bukit dan Jawa (Ngaju sebagai ciri kelompok)
[sunting] Budaya dan agama
Dari segi agama, boleh dikatakan semua orang Banjar memeluk agama Islam. Dan mereka pada umumnya ialah orang yang taat menjalankan perintah agamanya. Beberapa ulama terkenal nusantara adalah terdiri dari orang Banjar.

Sumber;
http://ms.wikipedia.org/wiki/Suku_Banjar

Wednesday, November 25, 2009

Lagu Banjar

Ini kali la lagu banjar keminatan c Aiman..

Ko dengar betul2 ini aiman..


Majlis Perkahwinan Kak Ana









Wednesday, October 7, 2009

Birthday Ku


Inilah gambar kenangan ku sempena menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-9 tahun. Terima kasih kepada baba dan mama sebab sudi beri kek untuk birthday ku. Juga terima kasih kepada sepupu yg datang ke birthday party ku ini.

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

Saturday, August 1, 2009

Selamat Harijadi kak ain




Gambar ni adalah sempena ulangtahun kak ain tahun lepas kami sambut di Tanjung Aru.







Hari ini iaitu 01.08.2009 adalah hari ulangtahun kak ain yang ke-12 tahun. Kami akan sambut ulangtahun kak ain hari ini walaupun sederhana sahaja.

HAPPY BIRTHDAY KAK AIN

Friday, July 31, 2009

Biodata Saya

Nama Saya Mohd Hazriq Aiman Bin Hazahar
Umur Saya Masih 9 Tahun
Saya Sekolah Di SK Pinggan-Pinggan Pitas

Kenali saya


Saya Aiman..
Related Posts with Thumbnails

Mutiara Kata

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP